Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

24 Januari 2024 - Majlis Anugerah Kualiti 2023 Felcra Berhad Wilayah Tengah

Jan 31, 2024, 10:48 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
24 1 2024 - Majlis Dimulakan Dengan Pembuka Bicara Dari Pengacara Majlis; Cik Nur Aliah Binti Zaini Dan Cik Farrahalia Binti Abdul Talib. Bagi Mendapat Keberkatan, Bacaan Doa Diketuai Oleh En Abdul Halim Bin Mohd Razali.
Majlis Diteruskan Dengan Amanat Dari Pengurus Besar Wilayah; Encik Faiz Shafiq Bin Zainal Abidin Dengan Membentangkan Prestasi Bagi Tahun 2023. Selain Itu, Amanat Pengurus Besar Wilayah Juga Menyentuh Kepada Perancangan & Strategi Tahun 2024 Bagi Bahagian Perladangan, Unit Hal Ehwal Peserta, Unit Kewangan, Unit Tenaga Kerja, Unit Perancang (Tanaman Semula & Tanaman Baharu) Dan Unit Teknikal Bagi Peruntukan Geran Kerajaan Serta Pinjaman. Pengurus Besar Wilayah Juga Mengingatkan Semua Kakitangan Agar Memberikan Komitmen Dan Fokus Kepada Hala Tuju Syarikat Bagi Tahun 2024.
Kemuncak Ucapan Pengurus Besar Wilayah, Dipersembahkan Gimik Perasmian "Tagline" Felcra Berhad Wilayah Tengah Baharu Kepada Semua Yang Hadir Dengan Menerangkan Visi Dan Misi "Tagline" Tersebut.
Aturcara Majlis Diteruskan Dengan Penyampaian Anugerah-Anugerah Mengikut Kategori, Antaranya :-
PERLADANGAN
✅️ Anugerah Kelab 30 MT/Hek
✅️ Anugerah Kelab 1,200 KG/Hek
✅️ Anugerah Pencapaian Hasil Kepala Sawit 100% (Projek)
✅️ Anugerah Pencapaian Hasil Getah 100% (Projek)
✅️ ️Anugerah Pencapaian Hasil Kepala Sawit 100% (Kawasan)
✅️ Anugerah Pencapaian Hasil Getah 100% (Kawasan)
✅️ Anugerah Projek Pembangunan Terbaik
✅️ Anugerah PIC (Input Pertanian) Terbaik
✅️ Anugerah PIC Hasil Terbaik
✅️ Anugerah PIC Tenaga Kerja Terbaik
PENTADBIRAN
✅️ Anugerah Pembantu Eksekutif (Pemandu) Terbaik
✅️ Anugerah MTO Terbaik
✅️ Anugerah Penolong Eksekutif (Kerani) Terbaik
✅️ Anugerah Penolong Eksekutif (Perladangan) Terbaik
✅️ Anugerah Penolong Eksekutif Pembangunan Peserta (SE) Terbaik
✅️ Anugerah Penolong Eksekutif Kanan Perladangan Terbaik
✅️ Anugetah Penolong Eksekutif Kanan Pentadbiran Terbaik
✅️ Anugerah Staf Harapan 2023
✅️ Anugerah Pengurus Kawasan Terbaik 2023
✅️ Anugerah Ketua Unit Terbaik 2023
✅️ Anugerah Pengurusan Kawasan Terbaik 2023
✅️ Anugerah Kawasan Harapan 2023
Semoga Penerima-Penerima Anugerah Ini Akan Terus Mengekalkan Pretasi Terbaik Bagi Tahun 2024 Dan Mencuba Sedaya Upaya Untuk Meningkatkan Prestasi Berbanding Tahun 2023. Bagi Yang Tidak Berjaya, Teruskan Usakan Untuk Berjaya Untuk Tahun Ini.
423134236_1138595540629207_1101032247162464448_n