Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

24 Julai 2023 - Perasmian Sistem Internet of Things (IoT) bagi tanaman fertigasi di New York Hotel, Johor Bahru.

Jul 26, 2023, 09:47 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
24 JULAI, JOHOR BAHRU - Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Dan Komunikasi FELCRA Berhad, Yang Berusaha Encik Mohammad bin Ab Rahman telah merasmikan Sistem Internet of Things (IoT) bagi tanaman fertigasi di New York Hotel, Johor Bahru.
Sistem Internet of Things (IoT) mengawal proses pembajaan, siraman dan meracun tanaman fertigasi dengan mengunakan telefon pintar.
Melalui kerjasama rakan strategik Pertubuhan Peladang Kuala Langat ciptaan ini berpotensi menarik golongan muda menceburi bidang pertanian, membantu dalam mengembangkan bidang pertanian tepat (precision agriculture), meningkatkan jaminan food security.

selain itu, Kumpulan Hal Ehwal Peserta FELCRA Berhad telah meraikan pengusaha fertigasi yang terdiri daripada WADIRA dan Belia dalam suasana gemilang di Majlis Apresiasi Anugerah Inovasi Fertigasi Peserta FELCRA Berhad 2023, New York Hotel, Johor Bahru.

Yang Berusaha Encik Mohammad bin Ab Rahman, Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Dan Komunikasi FELCRA Berhad telah menyampaikan sijil, cek dan piala kepada pemenang.
Antara anugerah yang telah disampaikan seperti berikut:-
I. Anugerah Inovasi Digitalisasi Fertigasi - WADIRA FELCRA Seri Bandi
II. Anugerah Inovasi Pengembangan Projek Fertigasi - Persatuan Belia FELCRA Changkat Sulaiman
III. Anugerah Inovasi Kemampanan Fertigasi - JKKP FELCRA Berangan Mek Nab
IV. Anugerah Inovasi Kelestarian Fertigasi - WADIRA FELCRA Rumpun Makmur
V. Anugerah Inovasi Kerjasama Pengurusan Fertigasi - Persatuan Belia FELCRA Lakai
VI. Anugerah Inovasi Kepelbagaian Produk Fertigasi - WADIRA FELCRA Kampung Pinang, Samarahan
VII. Anugerah Inovasi Penghasilan Produk Hiliran Fertigasi - WADIRA FELCRA Sekijang
VIII. Anugerah Inovasi Keterjaminan Hasil Fertigasi - WADIRA Giram Kokos, Lahad Datu
IX. Anugerah Inovasi Kawalan Serangga Fertigasi - Persatuan Belia FELCRA Panchor Merah
X. Anugerah Inovasi Projek Bersepadu Fertigasi - Persatuan Belia FELCRA Weng
Seramai 215 orang tetamu telah menghadiri pada majlis malam ini yang turut diiringi oleh Yang Berusaha Encik Norhashim bin Kamisan mewakili Pengerusi PPK Kuala Langat, Yang Berusaha Encik Nasri bin Nyak Othman, Pengurus Besar Pengurusan Keusahawanan FELCRA Berhad dan Yang Berusaha Encik Anuar Merican bin Akhbar Merican, Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Johor.
363331353_627699706125198_3089695824341190529_n
363314334_627700092791826_3833493086483458779_n