Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

24.Ogos 2022 - PROGRAM FELCRA BERSAMA BALAI UNDANG LUAK REMBAU

Aug 25, 2022, 10:47 AM
Encik Mohammad telah menyampaikan Buku Maklumat Peserta Tanah Adat (Belum Bicara Kuasa) dan taklimat Keuntungan Belum Agih sebelum mengakhiri dengan Soal Dialog / Soal Jawab bersama tetamu yang hadir.
News Source Url :
Select a news type : Internal News
24 Ogos - YBhg. Encik Mohammad bin Ab Rahman, Pengarah Hal Ehwal Peserta FELCRA Berhad telah mengadakan Taklimat Berkenaan Keuntungan Belum Agih (KBA) Peserta Di Daerah Rembau bertempat di Pejabat Balai Undang Luak Rembau, di sini.
Dalam program tersebut, Encik Mohammad telah menyampaikan Buku Maklumat Peserta Tanah Adat (Belum Bicara Kuasa) dan taklimat Keuntungan Belum Agih sebelum mengakhiri dengan Soal Dialog / Soal Jawab bersama tetamu yang hadir.
Antara yang hadir dalam program tersebut ialah YM. Dato' Shahbandar Hj. Abd Rahim bin Hj. Yassin (mewakili YTM. Dato' Lela Maharaja Dato' Hj Muhamad Sharip bin Hj Othman, Dato' Undang Luak Rembau, Yang Mulia Dato' Orang Besar Undang Luak Rembau), YM. Dato' Menteri Lela Perkasa Haris bin Abd Talib, YM. Dato' Raja Mej. Hj. Bahaman bin Harun (pengacara majlis), YM. Dato' Perba Abdul Razak bin Mohd Yassin, Dato' Lembaga Waris Biduanda Nan 2 Carak Luak Rembau, YM. Dato'-Dato' Lembaga Luak Rembau Tiang Balai Baruh Dan Barat, YBhg. Tok Buapak 8 Kampung Luak Rembau, YBhg. Puan Intan Sharaini binti Mohamadi (Penolong Pegawai Daerah Rembau), YBhg Tuan Haji Musthafa bin Sulaiman (Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Tengah) dan pegawai-pegawai Kumpulan Hal Ehwal Peserta FELCRA Berhad.

300456197_410717127823458_2108507577424931339_n