Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

25 November 2021 - Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, berkesempatan meraikan dan beramah mesra bersama YBhg. Dato' Hj Sabari Misran (Pengerusi KPFB) dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFB)

Nov 29, 2021, 10:09 AM
Sesi Ramah Mesra ini meneruskan usaha-usaha terdahulu dan sedia ada Dato' Mat Roni dalam memastikan kerjasama padu antara semua komponen Komuniti FELCRA bergerak maju selari dengan Transformasi FELCRA ke arah Kelestarian.
News Source Url :
Select a news type : Internal News
YBhg Dato' Mat Roni bin Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, berkesempatan meraikan dan beramah mesra bersama YBhg. Dato' Hj Sabari Misran (Pengerusi KPFB) dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Peserta-Peserta FELCRA Malaysia Berhad (KPFB) di satu jamuan makan malam yang diadakan baru-baru ini di Bintulu.
KPFB merupakan salah satu komponen penting usahasama FELCRA Berhad dan pimpinan Peserta FELCRA dalam usaha membangunkan tahap sosioekonomi Komuniti Para Peserta.
KPFB terlibat dalam pelbagai jurus perniagaan yang merangkumi produk pengguna perladangan, perkhidmatan sokongan komersil, insurans, penyediaan tenaga kerja perladangan, barangan runcit, pengurusan pertanian, pemasaran hasil perladangan, pembinaan dan pengubahsuaian infrastruktur jalan, jambatan, perumahan dan bangunan, serta urusan pentadbiran, kewangan termasuk pinjaman, pelaburan, kursus dan latihan untuk Peserta.
Sesi Ramah Mesra ini meneruskan usaha-usaha terdahulu dan sedia ada Dato' Mat Roni dalam memastikan kerjasama padu antara semua komponen Komuniti FELCRA bergerak maju selari dengan Transformasi FELCRA ke arah Kelestarian.

261033542_3059602800946769_4200069885800917930_n