Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

25 November 2023 –FELCRA terus mengorak langkah merancakkan industri makanan negara apabila diberikan kepercayaan untuk menjadi salah satu pemain utama keterjaminan makanan.

Dec 6, 2023, 09:48 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
25 November 2023 – FELCRA terus mengorak langkah merancakkan industri makanan negara apabila diberikan kepercayaan untuk menjadi salah satu pemain utama keterjaminan makanan.
Menurut Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Bajet 2024 menyaksikan sebanyak RM50 juta telah diperuntukkan kepada FELCRA untuk mempergiatkan usaha mengoptimumkan penggunaan tanah ladang milik peserta dengan tanaman berasaskan makanan sebagai usaha menampung keperluan domestik.
Malah menurut Zahid, berikutan prestasi cemerlang FELCRA Berhad dalam Pembangunan Luar Bandar, Kerajaan telah meluluskan peruntukan berjumlah RM24 juta bagi melaksanakan aktiviti pembangunan ladang-ladang baru dan tanam semula.
Menurut Caretaker Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad Datuk Idris Bin Lasim pula, sejak awal tahun 2023, FELCRA telah merangka aktiviti penghasilan makanan asas tani secara aktif menerusi beberapa projek baru seperti projek tanaman padi di Sabah dan Sarawak yang melibatkan tanah seluas sehingga 20,000 hektar, projek ternakan ayam mega sistem tertutup di Tanjung Seratus, Rompin, Pahang yang mampu menghasilkan 3.6 juta ekor ayam setahun, projek Lembu Pedaging serta beberapa projek urban farming tanaman cili dan sayuran secara fertigasi yang menghasilkan sebanyak 85 ribu polybag setiap tuaian.
Beliau turut menyatakan komitmen FELCRA untuk terus memperkukuhkan teras perniagaan mereka dalam industri peladangan melalui usaha strategik secara berterusan untuk mempertingkatkan kualiti minyak sawit mentah FELCRA yang pulangannya akan memberikan manfaat kepada warga peserta dalam bentuk agihan keuntungan.
Sehingga kini, FELCRA Berhad telah berjaya memperolehi 35 Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia bagi sektor perladangan dan 6 pensijilan bagi sektor perkilangan. Pengiktirafan ini telah membuktikan bahawa produk sawit yang dihasilkan oleh FELCRA Berhad adalah mampan dan dapat diterima di pasaran global.
Teks ucapan Zahid dibacakan oleh Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang turut berucap bagi mewakili beliau merasmikan Program FIESTA USAHAWAN DESA 2023 @ FELCRA BERHAD. Hadir bersama ialah Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Berhad, Pn Nor Azmiza Binti Mamat.
405744337_693352002893301_4887205210691247146_n