Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

25.6.2024 - Majlis Perasmian Pejabat Operasi Pengurusan Felcra Berhad Kawasan Kubang Kenyeng Dan Penyerahan Mock Cek Agihan Dividen Interim Pertama 2024

Jul 11, 2024, 11:56 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
25.6.2024 - Alhamdulillah, Syukur Kehadrat Illahi telah berlangsung Majlis Perasmian Pejabat Baru Operasi Pengurusan FELCRA Berhad Kubang Kenyeng, Naka, Kedah yang disempurnakan oleh YBhg. Dato Idris bin Lasim, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad pada 25hb Jun 2024 (Selasa) / 18 Zulhijjah 1445H.
Pada majlis tersebut juga turut diadakan majlis penyerahan Mock Cek Agihan Dividen Interim Pertama 2024 kepada Peserta Tanaman Sawit Projek Kubang Kenyeng yang disampaikan oleh Jemputan Khas YBhg. Dato’ Paduka Ahmad bin Kassim, Ahli Lembaga Pengarah FELCRA Berhad. Hadir sama En. Zulkifli bin Mamat, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Utara yang telah menyampaikan ucapan aluan majlis. Lain-lain staf dan jemputan yang hadir ialah En. Ku Mohd Nur Amin bin Ku Yaacob, Pengarah Urusan FELCRA Bina, En. Huzaifah bin Abd Nasir, Pengarah Urusan FELCRA Niaga, Penolong Pengarah Negeri, Ketua Unit Pejabat Negeri, Pengurus Kawasan Kubang Kenyeng dan semua Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Utara bersama staf, Tn. Hj Sakeri bin Ibrahim dan En. Aminuddin bin Hashim, wakil daripada KPFB, Peserta-peserta dan lain-lain jemputan serta masyarakat setempat.
Sekilas pandang tentang pembinaan pejabat baru “FELCRA Berhad Kawasan Kubang Kenyeng” yang telah mula dibina pada penghujung tahun 2022 dan siap pada Mac 2024. Pembinaan pejabat baru ini bagi menggantikan pejabat lama yang dibina pada awal tahun 80an dengan binaan berasaskan kayu dimana keadaan fizikalnya telah reput serta usang dan tidak selamat lagi untuk digunakan.
Semoga terbinanya pejabat baru ini akan memberi keselesaan kepada staf untuk berkerja dan secara tak langsung akan meningkatkan motivasi mereka untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanah dengan lebih cemerlang. Begitu juga dengan peserta dan masyarakat setempat terbina bangunan baru ini diharap dapat memudahkan dan memberi keselesaan kepada mereka untuk berurusan dengan Pengurusan Kawasan Kubang Kenyeng.
Pada majlis tersebut turut diselitkan penyerahan Banner Komitmen Pengurusan Ladang Negeri FELCRA Berhad Utara kepada 10 orang Pengurus Kawasan untuk dihayati dan dijadikan panduan serta dilaksanakan diperingkat Pengurusan Kawasan.
449174473_896917442476979_5326973233094507315_n
448859186_896917522476971_591435720531715294_n