Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

26 1 2024 - Mesyuarat Penyelarasan Institusi Peserta FELCRA Berhad Wilayah Sabah Tahun 2024.

Jan 31, 2024, 10:43 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

26 1 2024 - Berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Institusi Peserta FELCRA Berhad Wilayah Sabah Tahun 2024. Program ini telah dimulakan dengan ucapan aluan daripada Encik Aliasan Bin Kerman, Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad Sabah dan diterus dengan Ucapan & Amanat daripada Tuan Mohamad Bin Ab Rahman, Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta & Komunikasi. Dalam ucapan beliau, telah menegaskan berkaitan dengan pelaksanaan FELCRA Sabah 2.0 dengan beberapa elemen penting dan memerlukan kerjasama dalam mencapai hasrat ini.

Selepas sahaja mendengar ucapan, majlis diteruskan dengan Mesyuarat Penyelarasan Institusi Peserta Tahun 2024, dan banyak perkara telah dibincangkan bersama bersama Ketua-Ketua Institusi JKKP & Wadira mewakili semua peserta projek yang ada di FELCRA Berhad Wilayah Sabah.
Turut hadir bersama, barisan Pengurus-Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta & Komunikasi, Staf Pengurusan Peserta ibu pejabat, Ketua-Ketua Unit Wilayah, Pengurus-Pengurus Kawasan dan staf Unit Hal Ehwal Peserta wilayah & kawasan FELCRA Berhad Wilayah Sabah.
422651441_393065449775112_6689646269419912804_n