Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

26 6 2025 - Majlis Penyerahan Zakat Felcra Berhad Kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Baroh Pial, Rantau Panjang, Kelantan

Jul 21, 2025, 10:30 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

26 6 2025 - Pihak Pengurusan FELCRA Berhad Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis Penyerahan Zakat kepada 30 pelajar asnaf dari tingkatan satu hingga tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaaan Baroh Pial, Rantau Panjang. Sumbangan ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Bukhari bin Mahadi, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Kelantan. Sumbangan Zakat ini adalah daripada Etiqa Family Takaful Berhad melalui FELCRA Berhad kepada golongan asnaf yang terpilih.

Turut hadir bersama Encik Yahaya bin Mohd Noor, Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Baroh Pial, Encik Zariman bin Johari, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta Pengurusan Kanan FELCRA Berhad Kelantan dan FELCRA Berhad Kawasan Bukit Tandak. Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat dan sokongan kepada para pelajar yang memerlukan selaras dengan matlamat sosial dan kebajikan Warga FELCRA Berhad.

512721377_122215052930136912_7700924553331429969_n