Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

26 Jun 2023 - Kunjungan Hormat Oleh Pengurus Besar Felcra Wilayah Utara Kepada Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.

Jul 6, 2023, 10:57 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
26 Jun 2023 - Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan bin Khazali telah menerima kunjungan hormat oleh Pengurus Besar FELCRA Besar Wilayah Utara, Encik Zulkifli bin Mamat.
Pertemuan tersebut adalah bertujuan bagi membuat pembentangan kepada pihak Kerajaan Negeri Kedah berkenaan beberapa projek terkini yang dijalankan oleh pihak FELCRA di Negeri Kedah seperti cadangan pelaksanaan Projek Ternakan Ayam di Lot 696, Padang Ragut Kubang Palas, Mukim Padang Terap, Daerah Padang Terap, Kedah Darul Aman yang merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Keterjaminan Makanan bagi membantu pihak kerajaan mencapai kestabilan bekalan makanan negara.
Hadir bersama dalam kunjungan hormat tersebut Pengurus Besar Bahagian Keselamatan Makanan Ibu Pejabat, Puan Nur Azhani Ab Ghani, Pengurus Kanan FELCRA Food Industries Sdn Bhd, Puan Norlinatasha Nain dan Pengurus Perancang FELCRA BERHAD Wilayah Utara, Encik Haizar Abu Bakar.

352405053_573374954984518_8300261216840297350_n
348677250_573375044984509_2230232885765813783_n
350135769_573375034984510_2547112011876724892_n