Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

26 Ogos 2025 - 𝑲𝑬𝑴𝑩𝑨𝑹𝑨 𝑲𝑰𝑩𝑨𝑹𝑨𝑵 1001 𝑱𝑨𝑳𝑼𝑹 𝑮𝑬𝑴𝑰𝑳𝑨𝑵𝑮 𝑴𝑬𝑳𝑨𝑩𝑼𝑯𝑲𝑨𝑵 𝑻𝑰𝑹𝑨𝑰 𝑫𝑰 𝑷𝑨𝑯𝑨𝑵𝑮 – 𝑺𝑰𝑴𝑩𝑶𝑳 𝑲𝑬𝑩𝑨𝑵𝑮𝑮𝑨𝑨𝑵 𝑫𝑨𝑵 𝑺𝒀𝑼𝑲𝑼𝑹 𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑨

Sep 25, 2025, 10:57 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
27 8 2025 – Selepas tiga hari menjelajah hampir ke seluruh daerah di Negeri Pahang, Program Kembara Kibaran 1001 Jalur Gemilang FELCRA Berhad Negeri Pahang melabuhkan tirai dengan penuh meriah dan penuh makna. Penutup kembara ini berlangsung seiring dengan 𝙈𝙖𝙟𝙡𝙞𝙨 𝙆𝙚𝙨𝙮𝙪𝙠𝙪𝙧𝙖𝙣 𝘼𝙜𝙞𝙝𝙖𝙣 𝙆𝙚𝙪𝙣𝙩𝙪𝙣𝙜𝙖𝙣 𝘽𝙤𝙡𝙚𝙝 𝘼𝙜𝙞𝙝 𝙄𝙣𝙩𝙚𝙧𝙞𝙢 1/2025, menjadikan acara ini simbol kejayaan dan kesyukuran warga FELCRA.
Momen paling bersejarah dirakam apabila bendera Jalur Gemilang ke-1001 diserahkan secara simbolik kepada Pengarah Negeri FELCRA Berhad Pahang, menandakan kejayaan kembara yang telah mengikat emosi, semangat patriotik, dan kesatuan warga FELCRA di seluruh negeri. Sepanjang kembara, bendera ini menjelajah merentasi kawasan FELCRA dari Lipis, Temerloh, Bera hingga ke Kuantan, dikibarkan megah di pejabat kawasan, ladang, penempatan peserta, dan diharap terus berkibar di hati setiap warga FELCRA yang terlibat.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Rodzuan Zaaba Ahli Undangan Negeri Jenderak merangkap Ketua Peserta Felcra Pahang, yang menyempurnakan acara penutup serta menyampaikan cek cura Agihan Keuntungan Boleh Agih Interim 1/2025 mengikut zon kepada wakil-wakil peserta. Pengumuman agihan ini menzahirkan komitmen FELCRA Pahang dalam memastikan kesejahteraan peserta terus dipelihara, selain menjadi bukti pencapaian kukuh sebagai penyumbang utama keuntungan di peringkat nasional.
Program ini dipenuhi dengan aktiviti patriotik yang menyemarakkan rasa cinta kepada tanah air. Peserta bersama-sama membaca ikrar dan menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan penuh semangat. Suasana bertambah meriah apabila semua yang hadir bergema dengan nyanyian beramai-ramai, menzahirkan rasa bangga sebagai rakyat Malaysia.
Aktiviti ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim antara peserta, malah berjaya meniupkan semangat kenegaraan serta kesedaran betapa pentingnya menjaga perpaduan demi kesejahteraan negara tercinta.

539323648_1352527066876292_2096174541984690954_n
538410692_1352528293542836_5186794308997980859_n