Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

26.10.2024 - 𝙋𝙖𝙨π™ͺ𝙠𝙖𝙣 π™π™šπ™‘π™˜π™§π™– π˜½π™šπ™§π™π™–π™™ π™‰π™šπ™œπ™šπ™§π™ž π™‹π™–π™π™–π™£π™œ π˜Ώπ™žπ™£π™€π™—π™–π™© 𝙅π™ͺ𝙖𝙧𝙖 π™†π™šπ™¨π™šπ™‘π™ͺ𝙧π™ͺ𝙝𝙖𝙣 π™Žπ™π™†π™€π™‹ 2024

Nov 8, 2024, 16:35 PM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
26.10.2024 - Pasukan Felcra Negeri Pahang tampil cemerlang di Sukan Empat Penjuru (SUKEP) 2024, berjaya dijulang sebagai Juara Keseluruhan dengan mengungguli tempat teratas dari keseluruhan acara sukan yang dipertandingkan. Juara SUKEP 2024 di zahirkan dalam majlis Penutupan Kejohanan Sukan 4 Penjuru (SUKEP) 2024 yang berlangsung di D’Banquet Hall, Kuantan Pahang hari ini dengan penuh kemeriahan dan warna-warni.
Majlis Penutupan yang disempurnakan oleh Ybhg En Anuar Merican Bin Akhbar Merican, Pengarah Bahagian Perladangan Felcra Berhad, diserikan dengan persembahan “War Cry” setiap negeri dan penyampaian hadiah kepada pemenang. Dalam ucapannya, beliau memuji semangat juang dan soladariti yang ditonjolkan oleh semua pegawai dan atlet di sepanjang kejohanan serta berharap usaha ini dapat diteruskan pada setiap tahun. Beliau juga turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada pengajur iaitu Felcra Berhad Negeri Pahang kerana penganjuran kejohanan yang baik dan lancar serta berjaya meletakkan satu tanda aras baharu pengendalian kejohanan Sukan Empat Penjuru (SUKEP) Felcra Berhad.
Di dalam majlis itu juga Ybhg En Anuar Merican Bin Akhbar Merican turut mengumumkan Penganjur bagi SUKEP bagi tahun 2025 iaitu Felcra Berhad Negeri Terengganu, dengan simbolik penyerahan bendera kejohanan yang di sampaikan oleh Ybrs En Mohamad Rusli bin Bahari, Pengarah Negeri Felcar Pahang selaku tuan rumah kepada Presiden Kelab Sukan Terengganu (KESUKAF), Ybrs En Mohammad bin Ismail.
Turut hadir menyerikan majlis penutupan SUKEP 2024 ialah Pemangku Pengarah Transformasi & Strategi Ybhg Encik Hassan Bin Khamis, Pengarah Negeri FELCRA Negeri Sabah, Ybrs En Hairul Bin Ramlan serta Pengarah Negeri Johor, Terengganu dan Kelantan.
Pihak Pengurusan Negeri Pahang, sekretriat Kejohanan SUKEP 2024 serta barisan kepimpinan Kelab sukan negeri KREFPA mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua atlet dan pegawai yang hadir serta mengambil bahagian dalam kejohanan SUKEP edisi 2024. Semoga kita bertemu lagi di Kejohanan SUKEP edisi 2025 di Terengganu InshaAllah.
464722282_1093828466079488_8005789018094362967_n