Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

26.3.2025 - Kuliah Dhuha, Majlis Khatam Al Quran dan Penyerahan Wakalah Zakat anjuran Koperasi Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad.

Apr 10, 2025, 15:09 PM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

26.3.2025 - Koperasi Peserta Rancangan Felcra Seberang Perak Berhad telah menganujurkan sebuah program iaitu Kuliah Dhuha, Majlis Khatam Al Quran dan Penyerahan Wakalah Zakat.

Program yang dianjurkan buat julung kalinya di luar Kawasan Koperasi ini turut dimeriahkan dengan kerjasama dari Masjid Al Ansar, Changkat Lada.
Aturcara dimulakan dengan pemberian Kuliah Dhuha yang bertajuk “Ramadan Berkat, Taqwa Meningkat” oleh Al Fadil Ustaz Haji Ismail Shaari yang sering mendapat jemputan sebagai penceramah di Radio Perak FM.
Program kemudiannya diteruskan lagi dengan Majlis Khatam Al Quran yang diketuai oleh Ustaz Haji Ismail Shaari dan diiringi oleh staf Koperasi, Belia Changkat Lada serta Pemuda Masjid Al Ansar.
Selesai dua acara tersebut, program kemudian diteruskan lagi dengan agenda utamanya iaitu penyerahan zakat kepada penerima yang layak.
Program ini telah disempurnakan oleh Tuan Mohd Zaki Bin Abdul Rahman yang merupakan Pegawai Daerah Perak Tengah.
Selain itu, majlis turut
dihadiri oleh Tn Hj Fakhrul Adabi Bin Setu, Ketua Bahagian Perladangan FBSP selaku wakil Penolong Pengarah Negeri Felcra Berhad Wilayah Perak.
Turut hadir sama iaitu En Mohd Hafizi Bin Abd Karim selaku wakil Majlis Agama Islam Kg Gajah, serta Tn Hj Idris Bin Mohamed Yassin Timbalan Pengerusi Masjid Al Ansar.
Majlis juga dihadiri ketua-ketua agensi, pengurus Kawasan, Penghulu, Ketua Kampung & Ketua Fasa, Pengerusi Masjid & Surau serta barisan Anggota Lembaga Koperasi.
Program berakhir dengan jayanya dan mendapat penyertaan yang sangat menggalakkan.
Terima kasih kepada pihak yang terlibat terutamanya kepada urus setia yang bertungkus lumus bagi memastikan program ini dapat dijayakan dengan lancar.

487143188_967845672178532_94840558735258119_n
487234365_967847928844973_7566132479029561609_n
487507718_967849098844856_276069695625108523_n