Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

26.9.2024 - FELCRA umum bayaran interim 2 keuntungan RM129 juta.

Oct 2, 2024, 10:36 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

26.9.2024 - FELCRA Berhad mencatatkan peningkatan Keuntungan Boleh Agih Interim 2 sebanyak RM129 juta melibatkan hampir 68,000 peserta pada tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, perolehan tersebut adalah hasil daripada 600 projek yang mencatatkan keuntungan seluruh negara.
“Kenaikan interim kali ini adalah dipengaruhi oleh peningkatan prestasi keseluruhan Projek-projek Penyatuan dan Pemulihan (P&P) Felcra Berhad yang memberangsangkan iaitu RM218 juta,” katanya.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata demikian ketika berucap dalam Program FELCRA Madani Santuni Rakyat di Dewan Serbaguna Chamek di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan; Pengerusi Felcra Berhad, Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub; Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Johor, Datuk Zahari Sarip.
Ahmad Zahid berkata, peningkatan keuntungan pada tahun ini sebanyak RM81.23 juta sekali gus menunjukkan pencapaian yang baik berbanding keuntungan RM48.5 juta pada tahun lalu.

461497269_122132383568341114_4122468451001476871_n
461438711_122132383244341114_6824413265624772842_n
461295058_122132383694341114_4781173312962161048_n