Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

26.9.2024 - Program Jom Sihat Mini Fest Staf dan Belia FELCRA Berhad 2024

Oct 2, 2024, 10:37 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

26.9.2024 - Program Jom Sihat Mini Fest Staf dan Belia FELCRA Berhad 2024 telah berlangsung dengan meriah pada hari ini 26 September 2024 bermula jam 7.00 pagi di Arena Sukan Kuala Lumpur.Perasmian oleh Yang Berusaha Tuan Haji Zainul Anzaid Bin Haji Seman Timbalan Pengarah Institusi Peserta. Program anjuran bersama dari Bahagian Institusi Peserta,Kelab Sukan dan Rekreasi Ibu Pejabat (KESURA),Felcra Yayasan dan Pengurusan Sumber Manusia. Program ini melibatkan peserta dari Staf Ibu Pejabat seramai 100 orang dan Belia seramai 120 orang dari Wilayah Perak,Tengah dan Pahang. Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran mengenai amalan gaya hidup yang sihat,meningkatkan pengetahuan tentang amalan aktiviti fizikal dan mencapai keseimbangan diantara bekerja dan menikmati kehidupan yang baik (Work Life Balance). Pelbagai aktiviti dan acara menarik diadakan antaranya Zumba, Persembahan Artis Jemputan, Acara larian olahraga,badminton,congkak,5,000 Steps dan sepak raga ratus. Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat.
461483698_122132687330341114_1888810506325242012_n