Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

26.9.2025 - Program Jelajah Belia Felcra Berhad Johor

Oct 22, 2025, 15:21 PM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
26.9.2025 - Bahagian Institusi Peserta FELCRA Berhad telah menjayakan PROGRAM WOMEN SELF DEFENCE EDUCATION JELAJAH bertempat di FELCRA Berhad Kawasan Bukit Kepong, Johor.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap keyakinan dan keupayaan wanita untuk bertindak balas dalam situasi kecemasan atau berbahaya, menguasai Teknik Asas Pertahanan Diri, melatih peserta dengan kemahiran fizikal dan teknik asas mempertahankan diri yang praktikal dan efektif serta mendorong wanita untuk menjadi lebih berdaya saing dan berdikari dalam menjaga keselamatan serta maruah diri.
Seramai 40 orang ahli dari Persatuan Wadira FELCRA Bukit Kepong dan Persatuan Wadira FELCRA Sekijang telah menyertai program ini.
En Mohd Zulhanizam Bin Mohd Asri (Coach Ijam Asri) Peninju Profesional Malaysia telah dijemput sebagai penceramah jemputan dalam program ini.

selain itu, 
Bahagian Institusi Peserta FELCRA Berhad juga telah menjayakan PROGRAM JELAJAH BELIA FELCRA BERHAD JOHOR bertempat di FELCRA Berhad Kawasan Bukit Kepong, Johor.
Program ini bertujuan untuk menarik minat ahli-ahli baru yang berumur 15-30 tahun untuk mendaftar sebagai ahli belia FELCRA di samping memberi pendedahan kepada golongan belia mengenai peluang pembangunan diri, kepimpinan dan keusahawanan.
Sempena program diatas, Bahagian Institusi Peserta menganjurkan beberapa aktiviti menarik seperti Zumba & Street Soccer 3 VS 3, Fifa E- Sport, Belia Gegar Vaganza serta Pameran & Jualan.
Seramai 100 orang belia telah menyertai program ini.
Selain itu Persatuan Belia dibawah FELCRA Berhad yang turut hadir bersama bagi memeriahkan program ini adalah dari:
1) Persatuan Belia FELCRA Bukit Kepong
2) Persatuan Belia FELCRA Sekijang
3) Persatuan Belia FELCRA Sri Mahkota
4) Persatuan Belia FELCRA Sedili Besar
5) Persatuan Belia FELCRA Batu 3 1/2 Paloh
Encik Maizatul Asrul bin Mohd Yunus
Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat, Johor telah dijemput sebagai penceramah jemputan dalam program ini.

554831450_122186977004341114_1727202843566909270_n
555471151_122186977526341114_1122212694217916995_n