Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

27 - 28 Ogos 2023 - Program lawatan kerja ke Tapak Projek Pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) PPSK Sukau Sejahtera, Kinabatangan Sabah

Sep 6, 2023, 10:06 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

27 - 28 Ogos 2023 - Program lawatan kerja ke Tapak Projek Pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) PPSK Sukau Sejahtera, Kinabatangan Sabah yang diketuai oleh YBhg. Encik Mohammad Ab Rahman, Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta FELCRA Berhad dan bagi Pihak Koperasi Pembangunan Sukau Berhad diketuai oleh YBhg. Encik Azahari Bin Rangon, Pengerusi KOSUK, Kinabatangan.

Turut Hadir bersama dalam program ini adalah Pengurus Besar Pengurusan dan Perhubungan Peserta-YBhg. Encik Muhammad Anuar Bin Zamali, Pengurus Besar Pengurusan Tanah dan Ukur-YBhg. Tuan Haji Abdullah Sohaini Bin Hassan, Pengurus Besar Pengurusan Sumber Sosio Ekonomi Peserta-YBhg. Puan Dina Alfha Binti Arund, Pengurus Besar Teknikal-YBhg. Encik Mohd Iskandar Budiman Bin Md Ariff, Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad Sabah-YBhg. Encik Aliasan Bin Kerman, Pengurus Wilayah FELCRA Bina Sdn Bhd Sabah-YBhg. Encik Shahrul Amri Bin Shaari, Pengurus Kanan Cawangan Pengurusan Khidmat Peserta-YBhg. Puan Azhaniza Binti Jamaluddin, Ketua Unit Hal Ehwal Peserta FELCRA Berhad Sabah-YBhg. Puan Nurul Syahrizahwati Binti Salleh, Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Kinabatangan-YBhg. Encik Suherman Bin Zulkifli, Pengurus-Pengurus FELCRA Ibu Pejabat dan Wilayah serta Ahli Lembaga Koperasi KOSUK Kinabatangan.
Program ini berakhir dengan Mesyuarat Penyelarasan Rumah Mampu Milik (RMM) PPSK Sukau Sejahtera Kinabatangan pada hari kedua yang dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta FELCRA Berhad bertempat di Pejabat KOSUK. Banyak perkara yang telah bincangkan memandang projek rumah PPSK telah masuk ke fasa akhir pembinaan. Projek ini akan memberi manfaat kepada 123 orang ahli Koperasi untuk memiliki rumah. Diharapkan segala perancangan dan perbincangan dapat keputusan yang terbaik serta kerjasama berterusan antara pengurusan FELCRA Berhad bersama pengurusan Koperasi Sukau Kinabatangan Berhad dimasa yang akan datang.
370608742_312710664477258_3567197717328483209_n