Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

27/4/2021-Dividen Risda, Felcra RM189.08 juta

May 7, 2021, 11:15 AM
Agihan keuntungan itu merupakan hasil daripada keuntungan bersih 890 projek ladang-ladang milik peserta yang dimajukan oleh Felcra
News Source Url : https://www.kosmo.com.my/2021/04/27/dividen-risda-felcra-rm189-08-juta/?fbclid=IwAR29AaM_JNvcHB5dSxJz4D2SblKPk-WsmLH5lCcx70SnV62Di1J3XmRkkCo
Select a news type : External News
KUALA LUMPUR- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ( Risda) serta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) mengagihkan pembayaran dividen dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM189.08 juta.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin berkata, bayaran agihan akhir lebihan keuntungan projek Felcra bagi tahun 2020 bernilai RM107,053,002 diberikan kepada 58,826 peserta seluruh negara.
“Bayaran agihan akhir lebihan keuntungan 2020 Felcra itu melengkapkan amalan pembayaran keuntungan tahunan sebanyak tiga kali setahun iaitu pada bulan Ogos, Disember dan April setelah akaun projek siap ditutup.
“Agihan keuntungan itu merupakan hasil daripada keuntungan bersih 890 projek ladang-ladang milik peserta yang dimajukan oleh Felcra,” katanya pada Majlis Penyampaian Dividen Risda dan Felcra 2021 di sini tadi.
Turut hadir Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad; Timbalan Menteri 1, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad dan Timbalan Menteri 2, Datuk Henry Sum Agong.
Katanya, Risda pula mengumumkan dividen berjumlah RM82.03 melalui Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB) dan Tanam Semula Komersial (TSK) 2020.
“Dividen itu akan disampaikan kepada 31,245 orang pekebun kecil di seluruh negara melibatkan keluasan 39,430 hektar,” jelasnya. -K! ONLINE