Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

27 Disember 2023 - MESYUARAT PENYELARASAN INSTITUSI KOPERASI PESERTA -PESERTA RANCANGAN FELCRA (KPR) FELCRA BERHAD WILAYAH JOHOR

Jan 3, 2024, 09:37 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

27 Disember 2023 -Mesyuarat Penyelarasan Institusi Koperasi FELCRA Berhad Wilayah Johor selesai diadakan di Pulai Spring Resort, Pulai, Johor.

Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan Laporan Prestasi KPR Tahun 2023 dan Sasaran Tahun 2024 oleh Encik Anuar Merican Bin Akbar Merican, Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad Johor. Seterusnya pembentangan bertajuk Lanskap Koperasi FELCRA Negeri Johor oleh Pn Melor Binti Mod Zin, Timbalan Pengarah ( Kawal Selia & Pengurusan) Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Johor. Kemudian diikuti dengan ucapan Pengurus Kanan Pembangunan Koperasi FELCRA Berhad, En Mohd Fairuz Bin Sajuni.
Di dalam platform ini juga, beberapa anugerah turut diberikan di atas pencapaian koperasi sepanjang tahun 2023. Berikut adalah penerima anugerah yang membawa plak dan sijil penghargaan :
1. Anugerah Koperasi Terbaik FELCRA Berhad Wilayah Johor
- KPR Paloh Berhad
- KPR Wawasan Sungai Sepuluh Paloh Kluang Berhad
2. Anugerah Inovasi Koperasi Terbaik Wilayah Johor
- KPR Endau Berhad
- KPR Kawasan Pogoh Segamat Berhad
3. Anugerah Harapan Koperasi FELCRA Berhad Wilayah Johor
- KPR Endau Berhad
Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah.
Turut berlangsung sesi soal jawab bersama pengerusi - pengerusi KPR seluruh Negeri Johor yang menyentuh tentang peluang perniagaan, peluang pembiayaan, tadbir urus koperasi, perundangan dan isu semasa.

414715478_691378706516576_6209356811220514079_n