Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

27 Februari 2023 - Wisma FELCRA Berhad menerima kunjungan hormat delegasi Peserta FELCRA Seberang Perak yang terdiri daripada AJKKP, WADIRA dan Belia.

Mar 2, 2023, 12:57 PM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
27 Februari 2023 - Wisma FELCRA Berhad menerima kunjungan hormat delegasi Peserta FELCRA Seberang Perak yang terdiri daripada AJKKP, WADIRA dan Belia di Bilik Gerakan Aras 6, Wisma FELCRA. Delegasi ini diketuai oleh Ketua Peserta FELCRA Berhad Seberang Perak, Encik Ahmad Tarmidi bin Marlan telah disambut hormat oleh Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, YBhg. Dato' Mat Roni bin Zakaria.
Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan bagi memperkukuhkan lagi hubungan antara FELCRA Berhad dan warga peserta FELCRA.
Turut hadir bersama dalam pertemuan tersebut ialah Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Dan Komunikasi FELCRA Berhad, Encik Mohammad bin Ab Rahman; Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Perak, Encik Yusoff bin Razali dan Timbalan Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Perak, Encik Mohamad Rusli bin Bahari.

333859232_175181795256688_441368904186623968_n
333717327_481876980659357_2858263354177392433_n
333783218_596485195719980_5594421676346571233_n