Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

27 November 2023 - Koperasi Peserta Peserta Felcra Maju Kluang Berhad telah melaksanakan Mesyuarat Agung Kali ke - 12 tahun 2023

Dec 6, 2023, 09:51 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
27 November 2023 - Tahniah kepada Koperasi Peserta Peserta Felcra Maju Kluang Berhad yang telah berjaya melaksanakan Mesyuarat Agung Kali ke - 12 pada tahun ini.
Mesyuarat telah dirasmikan oleh En Mohd Bukhari Bin Mahadi, Ketua Bahagian Khidmat Sokong sebagai wakil rasmi Pengurus Besar Wilayah Felcra Berhad Johor. Turut hadir Puan Siti Azira Binti Selamat, wakil Suruhanjaya Koperasi Malaysia Kluang.
Mesyuarat ini diadakan secara hibrid di mana seramai 43 orang anggota telah menghadiri mesyuarat secara online. Lokasi mesyuarat dilaksana di Bilik Mesyuarat, Dewan Komuniti Air Hitam, Kluang.
KPR telah mencatatkan keuntungan kasar berjumlah RM45,827.73 bagi kewangan sehingga Disember 2022. KPR juga berjaya mengagihkan dividen sebanyak 5% kepada anggotanya. Tahniah diucapkan kepada KPR, semoga terus maju jaya.
406022537_673901758264271_7354522108348699112_n