Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

27.3.2025 - Program Sentuhan Kasih Ramadan Dan Majlis Kesyukuran Felcra Berhad Negeri Kelantan 2025

Apr 10, 2025, 15:14 PM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

27.3.2025 - Pihak Pengurusan Negeri telah mengadakan Program Sentuhan Kasih Ramadan Dan Majlis Kesyukuran FELCRA Berhad Negeri Kelantan bertempat di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu, Machang, Kelantan dengan kehadiran 100 orang staf dan jemputan.

Terdahulu, sumbangan hari raya dan bakul ramadan telah diagihkan kepada 20 orang pelajar dan mudir Pusat Tahfiz Yaakubiah, Bukit Tiu, Machang yang telah disempurnakan oleh Encik Mohd Bukhari bin Mahadi, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Kelantan pada Isnin, 24 Mac 2025.
Program ini turut diserikan dengan Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di Masjid Al-Razaq dan diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Mohamad Adam bin Mohd Radzi, Iman Rawatib Masjid Al-Razaq, Bukit Tiu, Machang, Kelantan.
Selain itu, Yayasan FELCRA turut menginfaqkan beras keluaran FELCRA kepada semua staf FELCRA Berhad Negeri Kelantan.
Program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Ahmad Jazlan bin Yaakub, Tuan Tanah Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu, Machang yang juga mantan Pengerusi FELCRA Berhad.Turut hadir bersama Dato' Idris bin Lasim, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Encik Mohd Bukhari bin Mahadi, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Kelantan, Encik Huzaifah bin Abd Nasir, Pengarah Urusan FELCRA Niaga Sdn Bhd, pengurusan FELCRA Berhad dan Anak Syarikat serta Pengurusan Kanan FELCRA Berhad Kelantan.

487332197_122200519778136912_4134919580585616317_n
487340678_122200519982136912_7862143936645001869_n