Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

28 Julai 2023 - Serahalih Projek Rumah Chalet atas Air Kg.Bambangan Sandakan kepada Jawatankuasa Projek Peserta Kg.Bambangan, Sandakan

Aug 7, 2023, 09:58 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
28.07.2023 - Pada hari jumaat yang berkah, satu lagi program bersama peserta FELCRA Berhad Wilayah Sabah iaitu Serahalih Projek Rumah Chalet atas Air Kg.Bambangan Sandakan kepada Jawatankuasa Projek Peserta Kg.Bambangan, Sandakan yang telah diterima sendiri oleh Ketua Peserta Projek Kampung Bambangan Tuan Haji Awang Bin Ahmat setelah selesai lawatan siap kerja pada pagi ini.
Turut hadir dalam serahalih projek adalah wakil Unit Hal Ehwal Peserta dan Wakil Unit Teknikal FELCRA Berhad Wilayah Sabah serta Pengurusan Kawasan FELCRA Berhad Sandakan.
Projek ini akan beroperasi apabila selesai sahaja majlis perasmian yang akan dibuat tidak lama lagi. Terima kasih kepada pihak pengurusan Felcra Berhad yang sentiasa komited membantu kumpulan peserta dalam meningkatkan pendapatan mereka.
361901320_297481442666847_3063037390674650342_n