Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

28 Julai 2023 - TANGGUNGJAWAB KORPORAT FELCRA BERHAD KEPADA KOMUNITI SETEMPAT.

Aug 7, 2023, 09:55 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
28 JULAI 2023 - FELCRA Berhad bekerjasama dengan Wanita Dinamis FELCRA (WADIRA) FELCRA Sekijang, Johor telah menyumbangkan sebuah koloni kelulut kepada SK Marian Convent Setapak, Kuala Lumpur.
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Kanan Perundingan dan Ventures Baru, Puan Syafinaz Kamaludin dengan menyerahkan sebuah koloni kelulut kepada Guru Besar SK Marian Convent, Puan Kasratul Najah Nazuri.
Menurut Puan Syafinaz, FELCRA Berhad sentiasa melaksanakan bimbingan kepada institusi di bawah seliaan Pengurusan Keusahawanan seperti WADIRA untuk memastikan aktiviti sosio ekonomi Peserta FELCRA di luar bandar terjamin dan berkembang sehingga mampu menyumbang kepada masyarakat lain.
Turut menyatakan penghargaan ialah Puan Kasratul Najah yang berharap agar sumbangan dari FELCRA Berhad ini akan menanam semangat keusahawanan di kalangan murid selain mampu menjadi contoh kepada sekolah sekitar dari sudut pembinaan sahsiah melalui aktiviti luar kelas.
Pengurus Komunikasi Korporat FELCRA Berhad, Encik Mohd Farizal Awang pula berharap agar usahasama seperti ini akan terus diperkembangkan di masa hadapan dengan harapan agar mesej FELCRA Berhad sebagai sebuah konglomerat berjiwa rakyat sampai di sanubari setiap masyarakat Malaysia.
Majlis turut disaksikan oleh Puan Norizah binti Kesut, Timbalan Pengerusi WADIRA FELCRA Sekijang serta para guru dan murid SK Marian Convent Setapak.
363360664_629463252615510_111863433538621773_n
363450239_629463235948845_3542989558941397651_n
363432809_629463175948851_8964540577137755912_n