Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

28 Oktober 2023 - Kejohanan Futsal Dan Bola Jaring Belia FELCRA Peringkat Kebangsaan.

Nov 6, 2023, 10:30 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
28 OKTOBER 2023 - Warga belia dan generasi muda FELCRA Berhad merupakan tonggak utama kepada negara. Belia tidak harus berasa sentiasa di zon selesa selepas mengambil iktibar yang telah berlaku di Palestin. Oleh demikian, kita harus sentiasa mempertahankan agama, negara dan bangsa. - ucapan oleh YBhg Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub, Pengerusi FELCRA Berhad ketika merasmikan Kejohanan Futsal Dan Bola Jaring Belia FELCRA Peringkat Kebangsaan.
Kejohanan yang dianjurkan kali ke 8 oleh Ahli Jawatan Kuasa Tertinggi Majlis Belia FELCRA Malaysia ini harus diteruskan bagi memupuk semangat kesukanan dari setiap belia wilayah dan kawasan.

Tahniah Belia FELCRA Berhad Wilayah Timur kerana menjadi juara futsal bagi Kejohanan Futsal Dan Bola Jaring Belia FELCRA Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 Anjuran Majlis Belia FELCRA Malaysia Dan FELCRA Berhad.

Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Encik Mohammad bin Ab Rahman, Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Dan Komunikasi FELCRA Berhad.
Dan Tahniah juga Belia FELCRA Berhad Wilayah Timur kerana menjadi juara bola jaring bagi Kejohanan Futsal Dan Bola Jaring Belia FELCRA Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 Anjuran Majlis Belia FELCRA Malaysia Dan FELCRA Berhad.

Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YBhg. Encik Mohammad bin Ab Rahman, Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Dan Komunikasi FELCRA Berhad.

Majlis Penutup Kejohanan Futsal Dan Bola Jaring Belia FELCRA Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 Anjuran Majlis Belia FELCRA Malaysia Dan FELCRA Berhad telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Mohammad bin Ab Rahman, Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Dan Komunikasi FELCRA Berhad diiringi bersama YBrs. Encik Mohd Ezwanuddin bin Mohamad Bakri, Presiden Majlis Belia FELCRA Malaysia dan YBrs. Puan Fadilatulusrah binti Othman, Pengurus Kanan Pembangunan Belia Dan Wanita FELCRA Berhad.
Dalam majlis tersebut, YBhg. Encik Mohammad bin Ab Rahman telah menyampaikan anugerah kepada pemain terbaik futsal dimenangi oleh Belia FELCRA Berhad Wilayah Johor dan pemain terbaik bola jaring dimenangi oleh Belia FELCRA Berhad Wilayah Timur.

395387136_679085880986580_3688637882081723958_n
395362581_679097324318769_157002610854924814_n

395363055_678999787661856_3348150615991832790_n

395418098_679106747651160_8428690453767265903_n
395390121_679106717651163_2643114522134111176_n