Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

28 September 2022 - Lawatan FRIM pada 1 September lalu untuk mendapatkan maklumat mengenai produk-produk herba yang dibangunkan bawah projek inkubasi FRIM.

Oct 11, 2022, 12:19 PM
Mereka juga ingin meninjau potensi bagi penanaman tumbuhan herba seperti kacip fatimah dan serai untuk penyediaan bahan mentah yang berkualiti serta berterusan melalui sokongan penyelidikan FRIM.
News Source Url : https://www.facebook.com/kpfb.official
Select a news type : Internal News
28 September 2022 – Seramai 20 peserta delegasi Felcra Berhad telah melawat FRIM pada 1 September lalu untuk mendapatkan maklumat mengenai produk-produk herba yang dibangunkan bawah projek inkubasi FRIM.
Mereka juga ingin meninjau potensi bagi penanaman tumbuhan herba seperti kacip fatimah dan serai untuk penyediaan bahan mentah yang berkualiti serta berterusan melalui sokongan penyelidikan FRIM.
Delegasi yang diketuai oleh Nurulain Samsuri, Ketua Unit Peserta Felcra Berhad Wilayah Johor ini terdiri daripada wakil-wakil Koperasi Peserta FELCRA Wawasan Tebing Tinggi, Koperasi Peserta FELCRA Maju Batu 29 Kahang, Koperasi Peserta FELCRA Sungai Layau, Koperasi Peserta FELCRA Sri Wangi dan Koperasi Peserta FELCRA Wawasan Sungai Ara.
Mereka disambut Mahmudin Saleh, Pengarah Bahagian Inovasi dan Komersialisasi (ICD) FRIM yang memberi taklimat mengenai latar belakang serta aktiviti R&D dan komersialisasi FRIM.
Turut hadir, Syafinaz Kamaluddin, Pengurus Kanan Perundingan dan Ventures Baru FELCRA Berhad (Ibu pejabat); Wan Jusaini Rizal Wan Nasruddin, Ketua Pegawai Eksekutif FRIM Incorporated Sdn Bhd; Dr Farah Fazwa Mohd Ariff, Ketua Program Membaikbiak Tumbuhan FRIM; Dr Fadhilah Zainudin, Ketua Program Inovasi dan Inkubasi; serta Mohd Shahidan Mohamad Arshad, Ketua Program Pengembangan Teknologi.
🏭💊Delegasi Felcra ini juga berpeluang dibawa melihat proses pengeringan herba dan pembuatan produk kapsul di Pusat Teknologi Herba yang diketuai oleh Dr Zamree Md Shah.
Info: Mazdiana Mohd Zain
Foto: Mohammad Shahril Raduan

309554674_458028706359299_4189400298334714407_n
307709778_458028669692636_5190142696071946977_n