Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

28.3.2024 - Peserta FELCRA sudah terima dividen

Apr 8, 2024, 09:27 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
28.3.2024 - Lebih 70,000 peserta FELCRA Berhad di seluruh negara menerima bayaran dividen membabitkan nilai RM74 juta bagi musim ketiga tahun lalu.
Pengerusi FELCRA Berhad, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub, berkata bayaran berkenaan sudah dilunaskan beberapa hari lalu.
Katanya, sebanyak tiga kali pembayaran dividen akan diberikan setiap tahun dan jumlah dividen terbabit bergantung kepada harga minyak sawit mentah dunia.
"Jika harga meningkat, dividen juga bertambah dan pemberian dividen yang dibuat beberapa hari lalu membabitkan musim ketiga tahun lalu.
"Pembayaran dibuat secara dalam talian itu sekaligus membolehkan peserta membuat persiapan raya," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media ketika Majlis Berbuka Puasa Bersama Ketua Bahagian UMNO Kelantan, di sini, hari ini.
Dalam perkembangan lain, Ahmad Jazlan turut menyifatkan Kelantan antara negeri yang menyedihkan apabila tidak memberi tanah lepada FELCRA untuk dibangunkan, berbanding negeri lain.
"Kita akui beberapa negeri lain tidak boleh memberi tanah disebabkan negeri yang kecil seperti Perlis, Wilayah Persekutuan pula berdepan kekangan tanah.
"Kita faham bagi negeri berdepan kekangan seperti itu. Namun bagi Kelantan mereka tidak langsung mahu membantu rakyat dengan memberikan tanah kepada FELCRA," katanya.

tuok28_1711630373

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim - Mac 28, 2024 @ 8:53pm

Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim - Mac 28, 2024 @ 8:53pm