Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

29 12 2025 - Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) & Kenduri Rakyat.

Dec 31, 2025, 15:09 PM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

29 12 2025 - Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) & Kenduri Rakyat telah berjaya dilaksanakan pada 29 Disember 2025 bertempat di Perkarangan Masjid Al-Munawwir, Agropolitan Pulau Banggi. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Encik Mohammad bin Ab Rahman, Pengarah Kumpulan Hal Ehwal Peserta.

Program CSR ini dimulakan dengan Program Gotong-Royong Perdana selama tiga (3) hari bermula 26 hingga 28 Disember 2025, melibatkan kerja-kerja pembersihan kawasan penempatan peserta Projek Agropolitan Pulau Banggi.
Turut hadir memeriahkan majlis hari ini ialah YBrs. Encik Hairul Ramlan, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Sabah; YBhg. Puan Dina Alfha binti Arund, Timbalan Pengarah Keusahawanan & Sumber Sosioekonomi; YBhg. Encik Muhammad Anuar bin Zamali, Timbalan Pengarah Pengurusan Peserta; YBhg. Encik Khawari bin Anuar, Caretaker Timbalan Pengarah Tanah & Ukur; serta YBhg. Encik Irman bin Abok, Setiausaha Eksekutif Yayasan FELCRA Berhad. Majlis ini turut dihadiri oleh barisan staf Kumpulan Hal Ehwal Peserta Ibu Pejabat, barisan staf FELCRA Berhad Negeri Sabah serta FELCRA Berhad Kawasan Kudat.
Kira-kira 400 orang peserta bersama ahli keluarga Projek Agropolitan Pulau Banggi hadir bagi memeriahkan majlis perasmian tersebut.
Antara pengisian utama program pada hari berkenaan ialah Majlis Penyerahan Sumbangan CSR FELCRA Berhad, yang merangkumi:
🌀Penyampaian sumbangan “Back To School” kepada lebih 150 orang anak-anak peserta Projek Agropolitan;
🌀Penyerahan Mock Cheque bagi pembinaan dewan terbuka Agropolitan Pulau Banggi;
🌀Penyerahan Mock Cheque sumbangan kepada Masjid Al-Munawwir Agropolitan Pulau Banggi bagi tujuan penukaran karpet, pembelian kipas serta kerja-kerja baik pulih bumbung; dan
🌀Penyampaian sumbangan pakaian daripada Kumpulan Hal Ehwal Peserta.
Program ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan silaturahim antara pihak pengurusan FELCRA Berhad dan peserta projek, di samping meningkatkan kesejahteraan serta kualiti hidup komuniti Agropolitan Pulau Banggi.

605921953_865590449189274_8945435638023932377_n