Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

29 Julai 2023 - Suasana pada hari ke 2 Ekspo Jualan Produk Usahawan FELCRA Berhad Wilayah Sarawak

Aug 7, 2023, 10:10 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
29 Julai 2023 (Sabtu): Suasana pada hari ke 2 Ekspo Jualan Produk Usahawan FELCRA Berhad Wilayah Sarawak yang telah berlangsung di Plaza Merdeka selama 3 hari bermula pada 28-30 Julai 2023.
Turut diadakan pada hari ini adalah sesi walkabout bersama Yang Berusaha Encik Mohammad Bin Ab Rahman selaku Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta & Komunikasi FELCRA Berhad. Dalam sesi tersebut beliau turut berkesempatan untuk beramah mesra bersama usahawan bimbingan FELCRA Berhad Wilayah Sarawak. Pada masa yang sama juga beliau turut mengambil kesempatan untuk merasmikan program ini.
Pada hari ke 2 juga telah berlangsung pertandingan Aerodance pada jam 02.00- 04.30PM dan pertandingan bertandak nopeng pada jam 07.00-10.00PM. Sesi penyampaian hadiah turut disempurnakan oleh Yang Berusaha Encik Mohammad Bin Ab Rahman.
Esok 30 Julai 2023 (Ahad) pada jam 10.00 Pagi sehingga 10.00 malam adalah hari terakhir Ekspo diadakan dan dikesempatan ini kami menyeru semua warga penduduk kuching, Sarawak untuk hadir bagi bersama-sama untuk memberi sokongan kepada para usahawan tempatan.
362685319_298294342859713_8898571060606874227_n