Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

29 Jun 2025 - Majlis Sambutan Jubli Emas Peserta FELCRA Lakai Belia FELCRA Berhad Kawasan Lakai, Jelebu Negeri Sembilan

Jul 21, 2025, 10:43 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

29 Jun 2025 - Majlis ini telah disempurnakan dengan kehadiran YB Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, EXCO Kanan Kerajaan Negeri Sembilan. Turut hadir bersama Encik Faiz Shafiq bin Zainal Abidin, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Tengah.

Sepanjang majlis berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan, antaranya gotong-royong, bacaan Yassin dan tahlil, ceramah oleh ustaz selebriti, tayangan wayang pacak, senamrobik, larian, sukaneka serta cabutan bertuah.

Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim dalam kalangan komuniti setempat serta memperkukuh hubungan antara agensi kerajaan, pemimpin tempatan, dan masyarakat. Di samping itu, majlis ini juga bertujuan memupuk semangat kerjasama, meningkatkan kesedaran tentang gaya hidup sihat, serta menyemai nilai-nilai murni melalui pengisian rohani dan aktiviti kemasyarakatan.

513959308_1480883289733762_6551699628086357626_n