Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

29 Mac 2022 - PROGRAM TOUR "SEJAHTERA EMOSI DAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT"

Apr 1, 2022, 10:58 AM
objektif utk Program Amalan Gaya Hidup Sihat adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan golongan Wadira & Belia untuk memberi kesedaran bahawa kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat.
News Source Url :
Select a news type : Internal News
29 Mac 2022 - PROGRAM TOUR "SEJAHTERA EMOSI DAN AMALAN GAYA HIDUP SIHAT"

Program Ini telah diadakan bersama WADIRA & BELIA FELCRA Berhad Wilayah Timur yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 26 Mac 2022 (Sabtu) & 27 Mac 2022 (Ahad) bertempat di Pandan Laut Beach Resort, Terengganu
telah dihadiri oleh seramai 35 orang peserta
Taklimat berkaitan masalah kesihatan mental telah disampaikan oleh Kaunselor FELCRA Berhad iaitu Puan Nurhidayatee binti Rusli iaitu mengenai cara mengenalpasti tahap kesihatan mental peserta & faktor-faktor yg menyumbang kpd kesihatan mental seseorang individu
Manakala objektif utk Program Amalan Gaya Hidup Sihat adalah untuk meningkatkan tahap kecergasan golongan Wadira & Belia untuk memberi kesedaran bahawa kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat. Selain itu juga aktiviti sukan bersama secara tidak langsung akan memberi kesan dalam kepentingan kerjasama antara satu sama lain.
Taklimat telah disampaikan oleh Encik Zulkifli Zainon Abidin ( Speaker toward Healthy Lifestyle Awarness & Fitness Instructor - HRDF & FITM-FEA).
Perasmian program oleh Pemangku Pengurus Besar Pengurusan Institusi iaitu Encik Mohd Ishak Bin Hamat dan diiringi oleh Puan Fadilatulusrah Binti Othman iaitu Pengurus Kanan Pembangunan Belia & Wanita Institusi FELCRA Berhad.
Program ini akan diteruskan ke semua wilayah FELCRA Berhad termasuk Sabah dan Sarawak . Bahagian Pengurusan Institusi amat berharap program seperti ini dapat memberi kesan positif dan bermanfaat kepada peserta-peserta yang terlibat.

277588680_312845080943997_6403146793113021557_n