Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

3 11 2025 - Mesyuarat Penyelarasan Institusi Peserta FELCRA Berhad Negeri Sabah

Nov 12, 2025, 11:30 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
3 11 2025 - Mesyuarat Penyelarasan Institusi Peserta FELCRA Berhad Negeri Sabah Tahun 2025 telah diadakan pada 3 November 2025 bertempat di Hotel Kapalai, Semporna, Sabah. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Encik Mohammad Bin Ab Rahman, Pengarah Kumpulan Hal Ehwal Peserta.
Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah YBrs. Encik Hairul Ramlan, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Sabah; YBhg. Encik Muhammad Anuar Bin Zamali, Timbalan Pengarah Pengurusan Peserta; YBhg. Puan Dina Alfha Binti Arund, Timbalan Pengarah Keusahawanan & Sumber Sosioekonomi; YBhg. Tuan Haji Abdullah Sohaini Bin Hassan, Timbalan Pengarah Tanah & Ukur; barisan pegawai dari Ibu Pejabat dan Negeri, serta Ketua-Ketua Peserta dan Pengerusi Wadira.
Mesyuarat ini dimulakan dengan sesi ucapan aluan, diikuti pengesahan minit mesyuarat yang lalu serta sesi soal jawab bersama Ketua Peserta yang mewakili 39 projek aktif FELCRA di Sabah.

576471893_825538856527767_3706793876442231531_n (1)