Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

3 9 2025 - Mesyuarat Penyelarasan JKKP Peringkat FELCRA Berhad Negeri Sarawak bagi tahun 2025

Sep 25, 2025, 11:08 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
​3 9 2025 – Selesai pelaksanaan Mesyuarat Penyelarasan JKKP Peringkat FELCRA Berhad Negeri Sarawak bagi tahun 2025 yang telah diadakan di Fifty Six Hotel, Kuching. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Encik Mohammad Bin Ab Rahman, Pengarah Hal Ehwal Peserta FELCRA Berhad.
Mesyuarat ini bertujuan untuk menyelaras serta mengenal pasti perkara-perkara yang diketengahkan oleh barisan ketua peserta daripada setiap projek di seluruh Sarawak. Di samping itu, mesyuarat ini juga menjadi salah satu pendekatan pihak pengurusan FELCRA Berhad dalam mendampingi ketua-ketua peserta secara lebih dekat.
Mesyuarat seumpama ini memberi impak yang positif kerana ia menjadi platform kepada barisan ketua peserta untuk berkongsi pandangan, menyuarakan permasalahan di projek masing-masing, serta pada masa yang sama dapat mengeratkan silaturahim antara pihak pengurusan dan warga peserta FELCRA Berhad Negeri Sarawak. Jalur Gemilang turut dikibarkan semasa majlis penutup sebagai tanda semangat patriotisme yang sentiasa tersemat dalam jiwa seluruh warga FELCRA Berhad.
Sepanjang berlangsungnya mesyuarat, ucapan “Terima Kasih” sering disampaikan oleh ketua-ketua peserta sebagai tanda penghargaan atas usaha pihak pengurusan FELCRA Berhad dalam memastikan kebajikan serta kepentingan peserta sentiasa terpelihara.

541753549_821503973872078_2192064595953721295_n