Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

3 Mei 2023 - SESI PENERANGAN BERKENAAN AKAS 1974 PADA MESYUARAT PENGURUSAN KANAN WILAYAH DAN KAWASAN FELCRA BERHAD WILAYAH TIMUR

May 24, 2023, 09:22 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
03 MEI 2023- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah memenuhi jemputan untuk memberi penerangan berkenaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan Di Bawahnya kepada pihak pengurusan kanan dan pengurus-pengurus kawasan Felcra Berhad Wilayah Timur (Terengganu dan Kelantan)
Hadir pada sesi penerangan ini adalah Encik Zainal Abidin Haji Alias,Pengurus Besar Wilayah Timur, Encik Sulaiman bin Mohammad,Ketua Bahagian Khidmat Sokongan, Encik Azizan bin Mat Akhir, Ketua Bahagian Tugas-Tugas Khas,Encik Juzaili Hasbul Wafi bin Mohamed, Ketua Bahagian Perladangan dan barisan Pengurusan FELCRA Berhad Wilayah Timur.
Sesi ini diadakan oleh pihak Felcra Berhad Wilayah Timur bagi memberi kefahaman secara menyeluruh berkaitan akta dan peraturan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).
Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Tertinggi, JAS Terengganu, Puan Zaleha binti Abdullah telah hadir bagi menyampaikan penerangan tersebut.
JAS Terengganu mengucapkan setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Felcra Berhad Wilayah Timur (Terengganu dan Kelantan) dalam menyokong dan memberi kerjasama untuk melestarikan alam sekitar kepada kakitangannya dalam mematuhi keperluan pematuhan akta tersebut.

344545577_129067516825492_2569343129061226672_n