Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

3.2.2025 - PROGRAM BELIA MADANI FELCRA 2025 : KHAIRA UMMAH

Feb 26, 2025, 11:21 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
3.2.2025 - Bahagian Institusi Peserta FELCRA Berhad telah menjayakan PROGRAM BELIA MADANI FELCRA 2025 : KHAIRA UMMAH
bertempat di AUDITORIUM WISMA
FELCRA Berhad. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Hal Ehwal Peserta FELCRA Berhad En Mohammad bin Ab. Rahman yang turut diiringi oleh Tn Hj Zainul Anzaid bin Hj Seman.
Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran dan pendedahan kepada golongan belia dan staf mengenai konsep Khaira Ummah dalam kehidupan dan membentuk jati diri dan berpengetahuan sebagai umat islam yang berpegang teguh dengan prinsip dan nilai-nilai agama.
Sempena program diatas, Bahagian Institusi Peserta menganjurkan Pencarian Muazzin Belia & Staf, sejumlah 16 orang belia dan 4 orang staf FELCRA Berhad telah menyertai program ini.
Selain itu Persatuan Belia dibawah FELCRA Berhad yang turut hadir bersama bagi mengimarahkan program ini adalah dari:
1) Persatuan Belia FELCRA Seri Gala
2) Persatuan Belia FELCRA Ayer Hitam
3) Persatuan Belia FELCRA Rumpun Makmur
Sheikh Abdul Karim Al-Makki telah dijemput sebagai Juri Profesional bagi Pencarian Muazzin Muda, Selain daripada itu, Sahibus Fadhilah Dato' badli Shah bin Alauddin dan Al-Fadhil Ustaz Nazmi karim dan Sheikh Dr Ahmad Yamani turut serta sebagai penceramah jemputan dalam program ini.
Berikut adalah pemenang bagi kategori belia sempena Program Belia Madani FELCRA 2025 : Khaira Ummah:-
1) Muhammad Waizuddin bin Mazlan - FELCRA Terengganu - (Juara)
2) Mohd Solehin bin Abdul Wahid - FELCRA Johor - (Naib Juara)
3) Muhammad Azmi bin Abdullah - FELCRA Pahang - (Ketiga)
Manakala bagi pemenang kategori Staf Ibu Pejabat sempena Program Belia Madani FELCRA 2025 : Khaira Ummah:-
1) Muhamad Izzulhilmi bin Mohd Yunus (Juara)
2) Anashrullah bin Hamdan (Naib Juara)
3) Mahathir bin Rusdi (Ketiga)


479083246_122153457176341114_3952807431129166280_n
478438183_122153457164341114_8359736942965522719_n