Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

3.7.2024 - Lawatan Tapak Cadangan Projek pemajuan Kawasan (PPK) Baharu dan Pemantauan Projek sedia ada PPK RPT Simpang Tiga di Bagan Datuk, Perak

Jul 11, 2024, 12:14 PM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
3.7.2024 - Lawatan ini diketuai oleh YBhg. Datuk Mas Rizal bin Mohd Hilmi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KKDW.
Hadir sama, Bahagian Kemajuan Tanah dan Wilayah KKDW selaku Pengurus Program, Bahagian Teknikal, Bahagian Prasarana, Bahagian Penyelarasan dan Pemantauan, Pejabat KKDW Negeri Perak, UPEN Perak, PDT Bagan Datuk, MP Teluk Intan, JKR Hilir Perak, JPS Bagan Datuk, Lembaga Air Perak, TNB, IWK, FELCRA Berhad, FELCRA Berhad Wilayah Perak dan FELCRA Bina Sdn Bhd.
Lokasi tapak cadangan PPK baharu adalah di Kg Sg Nipah Baru, Bagan Datuk dengan keluasan 49.9 ekar. Tanah adalah di bawah hakmilik FELCRA Berhad. Keadaan semasa di tapak adalah ladang tanaman kelapa sawit dan kebun pisang secara selingan.
Tujuan lawatan adalah untuk meninjau aspek kebolehlaksanaan projek bagi cadangan pemajuan perumahan untuk rakyat di bawah program PPK Kementerian.
Selain itu, FELCRA juga mempunyai cadangan projek ternakan ayam pedaging sistem tertutup oleh FELCRA Berhad.
Melalui lawatan tapak ini, beberapa keputusan dan tindakan lanjut akan diambil perhatian selaras dengan dasar dan aspirasi pembangunan Kerajaan ke arah kesejahteraan hidup masyarakat luar bandar.

449842483_871794904978000_7257013596269454395_n
449714413_871794838311340_7403160201776675399_n