Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

30/4/2021-11,055 Peserta FELCRA Di Pahang terima bayaran interim 3

May 7, 2021, 11:31 AM
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, "kedudukan jumlah dividen keseluruhan Negeri Pahang bagi Tahun Kewangan 2020 adalah berjumlah RM48,147,691.86 dengan agihan dividen dibuat sebanyak tiga kali setahun".
News Source Url : https://pahangmedia.my/11055-peserta-felcra-di-pahang-terima-bayaran-dividen-interim-3/
Select a news type : External News
1
YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) bersama penurusan tertinggi FELCRA Pahang yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Nazrul Izam Mansor (tiga kanan) menunjukkan plakad bayaran dividen Interim 3 bagi Tahun Kewangan 2020 berjumlah RM27,598,127.74 di Wisma Sri Pahang, Kuantan, hari ini.



KUANTAN, 30 APRIL 2021: Seramai 11,055 daripada 23,279 peserta FELCRA di negeri ini menerima bayaran dividen Intrerim 3 bagi bayaran akhir tahun kewangan 2020 berjumlah RM27,598,127.74 yang mula dibayar secara berperingkat mulai 27 April lalu.
YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kedudukan jumlah dividen keseluruhan Negeri Pahang bagi Tahun Kewangan 2020 adalah berjumlah RM48,147,691.86 dengan agihan dividen dibuat sebanyak tiga kali setahun.
Beliau berkata, peserta dari Ladang Pulau Pasir Mandi di Kawasan Batu Sawar, Temerloh merupakan penerima yang tertinggi dari Interim 3 dari keseluruhan ladang di Malaysia iaitu berjumlah RM6,991.75 bagi setiap peserta dengan keluasan pegangan 1,619 hektar di mana empat ekar bagi setiap peserta.