Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

30 Disember 2022 - Yang Berhormat Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah telah meluangkan masa dalam satu sesi Perjumpaan Bersama Warga Pengurusan FELCRA Berhad Wilayah Sarawak.

Jan 26, 2023, 10:06 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
30 Disember 2022 - Yang Berhormat Datuk Hajah Rubiah Binti Haji Wang Timbalan Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah telah meluangkan masa dalam satu sesi Perjumpaan Bersama Warga Pengurusan FELCRA Berhad Wilayah Sarawak yang diadakan di Pejabat Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad Sarawak.
Yang Berhormat Datuk berharap pihak pengurusan akan terus menerapkan tadbir urus yang baik di dalam pengurusan agar masyarakat luar bandar terutamanya peserta mendapat pulangan yang lebih maksima. Disamping itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada staf FELCRA Berhad di dalam memainkan peranan membantu Kerajaan sebagai sebuah agensi yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar terutamanya warga peserta FELCRA Berhad.
Sekali lagi, pihak pengurusan FELCRA Berhad Wilayah Sarawak mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat Datuk kerana sudi meluangkan masa dalam sesi yang telah diadakan pada hari ini.
Turut hadir dalam sesi tersebut, Encik M Zaiful Anuar Bin Zulkifli (Caretaker Pengurus Besar Wilayah FELCRA Berhad Sarawak), Puan Roslinda Hanim Binti Mohd Yusoff (Wakil Pengarah Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah Negeri Sarawak), Pengurus-Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Sarawak, Serta Warga Staf Pejabat FELCRA Berhad Wilayah Sarawak.

321793536_403685248601853_7539953862002932967_n