Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

30 Julai 2023 - Majlis Penutupan Bulan Koperasi Kebangsaan (BKK’23)

Aug 7, 2023, 10:07 AM
News Source Url : https://www.facebook.com/OfficialKUSKOPMalaysia/posts/pfbid02PH3VjXu2BTkrroZbfhqBSTYwsgWnv7FaR7p3XZHwDrmQ7AVpaE3MmsdxpfvAebrel
Select a news type : External News
30 Julai 2023 - Bulan Koperasi Kebangsaan (BKK’23) telah melabuhkan tirainya pada hari ini yang disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri diiringi oleh YB Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bertempat di Hotel Le Meridien, Kota Kinabalu, Sabah.
Majlis penutupan ini merupakan rangkuman kepada BKK’23, Majlis Apresiasi Gerakan Koperasi (MAGK’23) dan Hari Koperasi Negara (HKN’23).
Dalam majlis ini, YAB Timbalan Perdana Menteri turut menyampaikan anugerah kepada lapan Koperasi Terbaik mengikut kategori masing-masing dengan membawa pulang sijil, plak dan wang tunai RM15,000.00. Antara yang menerima anugerah ialah Koperasi Peserta-Peserta Rancangan FELCRA Seberang Perak Berhad (KPR Seberang Perak) sebagai pemenang Anugerah Hari Koperasi Negara 2023 bagi kategori Koperasi Terbaik Sektor Pertanian dan Industri Asas Tani manakala Koperasi Permodalan FELDA Malaysia Berhad (KPF) pula memenangi bagi kategori Sektor Perladangan. Jumlah perolehan KPR Seberang Perak dan KPF ini telah mencatatkan sebanyak RM470,249,000 sehingga Disember 2022.
Hadir sama YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad, Ketua Setiausaha KUSKOP dan Tuan Haji Rusli bin Jaafar, Pengerusi Eksekutif SKM serta wakil-wakil agensi.
362269471_865317011618473_5549560821523030324_n
362270276_865316988285142_8519098537395345605_n
362245381_865317004951807_6901656600472131444_n