Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

30 Mac 2022 - KUNJUNG HORMAT PENGURUS BESAR FELCRA BERHAD WILAYAH TIMUR BERSAMA PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU

Mar 31, 2023, 09:28 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
KUALA TERENGGANU, 30 Mac 2023 2023- Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu telah menerima kunjungan hormat pihak pengurusan tertinggi Felcra Berhad Wilayah Timur yang diketuai oleh Pengurus Besarnya, YBrs. Encik Zainal Abidin Bin Haji Alias di pejabat JAS Terengganu hari ini.
Sesi pertemuan ini dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu.
Hadir sama Timbalan Pengarah JAS Terengganu, Encik Zakaria bin Ahmad @ Mohd, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan, Encik Mohd Norli bin Abdullah dan pagawai-pegawai kanan dan pegawai penguatkuasa JAS Terengganu.
Sesi kunjungan ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara pengurusan Felcra Berhad Wilayah Timur dengan pengurusan Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu serta membincangkan isu-isu berkaitan dengan pematuhan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terutamanya keperluan pematuhan di bawah Peraturan- Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.
Pada akhir sesi pertemuan ini, Tuan Pengarah JAS Terengganu mengucapkan penghargaan dan terima kasih di atas komitmen pihak pengurusan Felcra Berhad Wilayah Timur untuk mematuhi peruntukan undang-undang yang ditetapkan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

338023204_905355367256356_277293598778666833_n