Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

31 10 2025 - Lawatan Kelestarian oleh AAK Singapura

Nov 12, 2025, 11:34 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
31 10 2025 - Kilang Sawit FELCRA Berhad Sungai Melikai berbesar hati menerima kunjungan daripada pasukan AAK Singapura, anak syarikat kepada AAK Group yang beribu pejabat di Sweden.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan inisiatif kelestarian dan kebolehjejakan (traceability) di lapangan serta memahami dengan lebih dekat usaha FELCRA Berhad dalam memastikan sumber bahan mentah yang mampan dan bertanggungjawab.
Rombongan turut berkesempatan melawat main dealer Kilang Sawit FELCRA Berhad Sungai Melikai bagi meninjau proses penerimaan dan pengumpulan hasil sawit daripada pekebun kecil, serta berkongsi pandangan mengenai ketelusan rantaian bekalan.
Turut hadir dalam sesi ini ialah beberapa wakil daripada Earthworm Foundation, yang merupakan rakan strategik Kelestarian FELCRA, serta wakil daripada syarikat Mewah.
En. Hilmi Bin Ali, Timbalan Pengarah Operasi Kilang, turut serta dalam sesi perbincangan ini, manakala Puan Wan Shariena Binti Zakaria, Pengurus Kanan Kelestarian, membentangkan secara ringkas mengenai inisiatif dan pencapaian Kelestarian FELCRA.
Turut hadir ialah En. Azahar Bin Ali, Pengurus Kanan Cawangan Pensijilan; Pn. Kalsom Binti Omar, Pengurus Kanan Trading CPO, serta beberapa wakil daripada Ibu Pejabat FELCRA Berhad dan FELCRA Negeri Johor
Kerjasama seperti ini memperkukuh komitmen bersama ke arah rantaian bekalan minyak sawit yang lebih lestari, telus, dan berimpak positif kepada komuniti.

576837081_1164886975832411_7447148650678844556_n