Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

31 Disember 2023- KEJAYAAN FELCRA SUNGAI ARA ANGKAT NAMA JOHOR

Jan 3, 2024, 10:10 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
31 Disember 2023 - Kejayaan Felcra Berhad Kawasan Sg Ara muncul johan kategori Penempatan Belia pada Anugerah Kecemerlangan Aspirasi Penempatan (AKAP) FELCRA Berhad, baru-baru ini, mengangkat nama Negeri Johor di persada kebangsaan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Dato’ Zahari Sarip menzahirkan rasa bangga dan mengucapkan tahniah kepada pengurusan FELCRA Sungai Ara atas pengiktirafan itu.
Malah penghargaan sama turut dirakamkan kepada pengurusan FELCRA Berhad Wilayah Johor atas pencapaian bagi lain-lain kategori yang berjaya diraih pada AKAP 2023.
Kejayaan itu membuktikan Negeri Johor mampu bersaing dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan kawasan luar bandar, namun pengiktirafan tersebut tidak akan diraih tanpa permufakatan penduduk.
Terdahulu, Zahari hadir Majlis Apresiasi AKAP 2023 dan Penyampaian Geran Belanjawan Johor 2024 di DeMasra, FELCRA Sungai Ara, Kota Tinggi, hari ini.
Pada majlis berkenaan, beliau turut mengumumkan sumbangan RM2,000 masing-masing untuk Persatuan Gasing dan Persatuan Belia dan RM1,000 kepada Persatuan Kebudayaan, FELCRA Sungai Ara.
Selain itu, turut disampaikan Geran Belanjawan Johor 2024 kepada lapan Jawatankuasa Kemajuan Projek (JKKP) FELCRA di negeri ini, berjumlah keseluruhan RM80,000.
415310075_359348113464312_8288442154925665917_n