Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

31.7.2024 - Mesyuarat Penyelarasan Institusi Koperasi Peserta-Peserta Rancangan (Kpr) Felcra Berhad Negeri Perak

Aug 5, 2024, 09:44 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
31.7.2024 - Mesyuarat Penyelarasan Institusi KPR FELCRA Berhad Negeri Perak selesai diadakan di MH Hotel, Ipoh, Perak pada 31 Julai 2024 yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Zainul Anzaid bin Seman, Timbalan Pengarah Institusi Peserta FELCRA Berhad. Turut hadir Encik M Zaiful Anuar bin Zulkifli, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Perak dan Puan Zainab binti Abdul Rahman, Timbalan Pengarah 1, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Perak.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan oleh Encik M Zaiful Anuar bin Zulkifli, Pengarah Negeri FELCRA Berhad Perak dan selepas itu ucapan perasmian oleh Tuan Haji Zainul Anzaid bin Seman, Timbalan Pengarah Institusi Peserta FELCRA Berhad. Kemudian disusuli pembentangan Laporan Prestasi KPR Tahun 2023 oleh Encik Azizi bin Mohd Osman, Ketua Unit Hal Ehwal Peserta FELCRA Berhad Negeri Perak.
Turut berlangsung sesi soal jawab bersama Pengerusi-Pengerusi KPR seluruh Negeri Perak yang menyentuh tentang peluang perniagaan, peluang pembiayaan, tadbir urus koperasi, perundangan dan isu semasa.
453156934_928553492648955_8275102123472187740_n
453409238_928553692648935_6166716152965905784_n
453808106_928551152649189_6775885618503940762_n