Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

4 September 2022 - Majlis Semarak Merdeka Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Kedah yang telah berlangsung di Dewan PPSK Bukit Tampoi.

Sep 8, 2022, 14:54 PM
Di akhir majlis, penyampaian hadiah diberikan kepada basikal tercantik sempena Semarak Merdeka dan pembaca sajak iaitu Adik Muhammad Thaqif bin Mohd Tajudin.
News Source Url :
Select a news type : Internal News
4 September 2022 -  YBhg. Dato' Mat Roni bin Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELCRA Berhad telah merasmikan Majlis Semarak Merdeka Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Negeri Kedah yang telah berlangsung di Dewan PPSK Bukit Tampoi.
Dalam majlis tersebut seramai 10 orang telah menerima sumbangan kotak makanan daripada FELCRA Berhad.
Sebelum itu Adik Muhammad Thaqif bin Mohd Tajudin telah mendeklamasikan sajak yang bertajuk Kemerdekaan.
Di akhir majlis, penyampaian hadiah diberikan kepada basikal tercantik sempena Semarak Merdeka dan pembaca sajak iaitu Adik Muhammad Thaqif bin Mohd Tajudin.
Turut hadir ialah YBhg. Encik Mohammad bin Ab Rahman (Pengarah Hal Ehwal Peserta FELCRA Berhad), YBhg. Encik Zulkifli bin Mamat (Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Utara), YBhg. Encik Zakaria bin Ahmad (Pengerusi KPR Bukit Tampoi mewakili Ketua Peserta), YBhg. Encik Mustafa bin Abdullah (Pengurus Kawasan FELCRA Berhad Bukit Tampoi), staf dan warga peserta FELCRA Berhad.
304752861_418163210412183_8005832626701192866_n