Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

4.1.2025 - Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersama FELCRA Berhad (FELCRA)

Feb 7, 2025, 10:25 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
7.2.2025 - Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) bersama FELCRA Berhad (FELCRA) telah berlangsung pada hari ini 4 Februari 2025 dengan kehadiran 18 orang wakil FELCRA yang diketuai oleh YBrs. Encik Mohammad bin Ab Rahman, Pengarah Hal Ehwal Peserta FELCRA Berhad, selaku pengerusi bersama. Mesyuarat turut dipengerusikan oleh wakil SKM, YBhg. Dato’ Amran bin Haji Abd Kadir.
Mesyuarat ini menekankan kepentingan kerjasama strategik antara SKM dan FELCRA dalam memperkukuh hubungan serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dasar bagi menyokong pembangunan sosioekonomi luar bandar, khususnya dalam kalangan anggota Koperasi Peserta Rancangan (KPR).
Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk:
✅ Semakan perbezaan senarai KPR antara SKM (172 koperasi) dan FELCRA (159 koperasi).
✅ Profil 100 Koperasi Terbaik – 8 buah koperasi KPR disenaraikan.
✅ Perolehan keseluruhan sebanyak RM392 juta.
✅ Keberkesanan kluster dan aktiviti utama – Fokus terhadap aktiviti yang memberi impak tinggi kepada pembangunan koperasi.
✅ Isu koperasi dorman dan tidak aktif – Keperluan intervensi bagi mengaktifkan semula koperasi serta penyelesaian isu berkaitan pembiayaan dan Non-Performing Loan (NPF).
✅ Koperasi dalam Social Enterprise (SE) – Peranan dan potensi koperasi yang disenaraikan dalam ekosistem SE.
✅ Bantuan Geran & SERASI – Senarai koperasi yang menerima manfaat serta impak bantuan terhadap kelangsungan koperasi.
Sebagai langkah susulan, mesyuarat kecil antara SKM dan FELCRA akan diadakan bagi menyelaras data pendaftaran koperasi serta aspek pengawalseliaan untuk memperkasa gerakan koperasi di bawah FELCRA.

476209722_18393116866101691_815357367586719995_n
476011402_18393116869101691_8368782448249406379_n