Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

5 Disember 2021 - Majlis Kesyukuran Peserta FELCRA Berhad Wilayah Wilayah Sarawak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Sarawak, Kota Samarahan

Dec 29, 2021, 10:13 AM
Dalam ucapan beliau memaklumkan bahawa FELCRA Berhad telah berjaya mengagihkan sejumlah RM31.6 juta Agihan Keuntungan Negeri Sarawak yang telah dibayar ada bulan Ogos dan November 2021. Jumlah keuntungan ini telah memberikan manfaat kepada 7,477 orang peserta di Negeri Sarawak.
News Source Url :
Select a news type : Internal News
5 Disember - YB. Dato' Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pembangunan Luar Bandar telah menyempurnakan Majlis Kesyukuran Peserta FELCRA Berhad Wilayah Wilayah Sarawak di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Sarawak, Kota Samarahan sebentar tadi.
Dalam ucapan beliau memaklumkan bahawa FELCRA Berhad telah berjaya mengagihkan sejumlah RM31.6 juta Agihan Keuntungan Negeri Sarawak yang telah dibayar ada bulan Ogos dan November 2021. Jumlah keuntungan ini telah memberikan manfaat kepada 7,477 orang peserta di Negeri Sarawak.
Dalam majlis tersebut, YB Menteri telah menyampaikan replika Geran Perlengkapan Kampung Ameniti Sosial Tahun 2022 yang melibatkan kawasan zon :-
- Zon Mukah / Miri RM375,000
- Zon Kuching RM350,000
- Zon Tengah RM275,000
Dan juga sumbangan bantuan persekolahan dan makanan.
Hadir bersama ialah YB. Datuk Haji Hasbi bin Habibollah, Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II, YB.Hajah Rubiah binti Wang, Ahli Parlimen Kota Samarahan, YB. Datuk Haji Ahmad Jazlan bin Yaakub, Pengerusi FELCRA Berhad, YBhg. Dato' Ramlan bin Harun, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, YBhg. Dato' Mat Roni bin Zakaria, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FELCRA Berhad, Encik Mohd Nawawi bin Wahab, Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Sarawak dan beberapa orang pemimpin tempatan.

263961830_3066447390262310_392562668734081998_n