Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

5 ogos 2023 - Sumbangan Bakul Makanan FELCRA Berhad kepada seluruh keluarga peserta FELCRA Teratak Batu

Aug 7, 2023, 11:01 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
 5 OGOS, PASIR PUTEH - FELCRA Berhad melalui Kumpulan Hal Ehwal Peserta Dan Komunikasi sentiasa cakna terhadap kepentingan peserta.
Ini diterjemahkan melalui sumbangan Bakul Makanan FELCRA Berhad kepada seluruh keluarga peserta FELCRA Teratak Batu. Pemberian sumbangan bakul makanan tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Encik Mohammad Bin Ab Rahman, Pengurus Besar Kumpulan Hal Ehwal Peserta Dan Komunikasi di Majlis Pertandingan Keceriaan Kampung Peringkat Zon Perkampungan FELCRA IN-SITU Teratak Batu, Dewan Serbaguna FELCRA Berhad Teratak Batu.
Dalam majlis tersebut, penyampaian hadiah turut disampaikan kepada pemenang - pemenang Pertandingan Keceriaan Kampung Peringkat Zon Perkampungan FELCRA IN-SITU Teratak Batu.
Turut mengiringi bersama YBrs. Encik Zainal Abidin Bin Alias, Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Timur;: Encik Wan Shaari Bin Wan Mahmood, Ketua Peserta FELCRA Teratak Batu dan Encik Mohd Razli Bin Mohd Ajazi, Pengurus Kawasan FELCRA Berangan Mek Nab.
365619118_634135972148238_6868238377558006004_n
365654937_634136208814881_8539525495817303610_n