Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

5.11.2024 - 𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗜𝗞𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗥𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗥𝗜𝗔 𝗣𝗘𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗦𝗘𝗚𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗞𝗘 𝗙𝗕 𝗣𝗢𝗚𝗢𝗛

Nov 8, 2024, 16:54 PM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
5.11.2024, Pejabat Kesihatan Daerah Segamat telah menjalankan program saringan penyakit berjangkit bawaan vektor malaria tahun 2024 di Felcra Berhad Kawasan Pogoh. Sebanyak 55 orang telah disaring dalam program ini, yang menyasarkan pekerja asing di kawasan ladang.
Keadaan sepanjang program ini adalah terkawal, dengan kerjasama yang erat antara pekerja dan pihak Pejabat Kesihatan. Saringan dijalankan oleh pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Segamat, yang terdiri daripada 8 orang anggota, di bawah pimpinan En. Mohamad Azlan Bin Mohd Sam, Pegawai Kesihatan Persekitaran Segamat. Pada masa yang sama, En. Mohamad Nadzirul Bin Nasarudin, selaku pegawai bagi tenaga kerja asing (PIC TKA) Felcra Berhad Kawasan Pogoh, turut membantu memastikan kelancaran aktiviti ini.
Inisiatif ini berlandaskan garis panduan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang mengesyorkan saringan kesihatan pekerja asing di kawasan berisiko tinggi, seperti yang disarankan oleh DG Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah (2022) dalam artikel “Urban Malaria, Majikan Perlu Pastikan Pekerja Asing Lakukan Saringan Kesihatan” oleh RTM (2022).
Usaha ini selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, memastikan kesihatan pekerja dipelihara dan penyebaran penyakit bawaan vektor dapat dikawal dengan efektif. Semoga usaha ini dapat melindungi kesihatan pekerja dan mengurangkan risiko malaria di FB Pogoh dan komuniti setempat.

465365571_122179324586237782_3619259391887143506_n