Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

5.4.2024 - Majlis Ihya Ramadan; Penyerahan Sijil Saham FELCRA Kerangai Penagoh

Apr 25, 2024, 10:38 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News

5.4.2024 - Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, Dato’ Idris Lasim hari ini terlibat mengiringi Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun ke majlis Penyerahan Sijil Saham FELCRA Kerangai Penagoh serta SWM Kasih Santun Ramadan di Masjid Kariah Kampung Kerangai, Jelebu, Negeri Sembilan. Turut hadir ialah YB Datuk Seri Haji Jalaluddin Haji Alias, Exco Kanan Kerajaan Negeri.

*Projek Kerangai Penagoh Fasa 3*
Projek yang dibuka pada tahun 2013 dengan tanaman kelapa sawit seluas 256 hektar ini telah diputus dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan (MMK N9) pada 14 April 2014 untuk menetapkan penerima saham kepada 211 orang.
Seramai 76 orang telah diluluskan untuk pemilikan saham fasa 1 pada 26 Oktober 2022.
Pada 13 Mac 2024, MMK N9 telah meluluskan seramai 135 orang bagi memenuhi baki kuota.
*Sistem Saham Peserta Felcra Berhad*
Peserta Sistem Saham merupakan individu yang dipilih oleh Kerajaan Negeri Sembilan untuk mendapat manfaat ke atas tanah secara saham (bukan pemilikan)
Pemilikan Sijil Pegangan Saham akan menerima manfaat ke atas tanah pada kadar tiga (3) ekar per peserta seperti yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan.
Pemilikan sijil saham ini adalah kekal sepanjang hayat serta tidak boleh dipindah milik dan diwarisi.
434778367_768449495383551_3457271713158287150_n