Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

5.6.2025 - Lawatan Rasmi Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad ke CPBU Sungai Layau

Jun 13, 2025, 11:08 AM
News Source Url :
Select a news type : Internal News
5.6.2025 - CPBU FELCRA Sungai Layau menerima kunjungan istimewa daripada YBhg. Dato' Idris bin Lasim, Ketua Pegawai Eksekutif FELCRA Berhad, yang turut diiringi oleh barisan Pengurusan Tertinggi serta semua Pengarah Negeri FELCRA Berhad.
Lawatan dimulakan dengan sesi santai jamuan ringan, disusuli ucapan aluan penuh mesra daripada YBrs. En. A. Rahim bin Aziz, Pengerusi KPR Sg Layau. Majlis turut diserikan dengan taklimat ringkas oleh YBrs. En. Mohamad bin Abd Rahman, Pengarah Hal Ehwal Peserta FELCRA Berhad.
Antara pengisian menarik sepanjang lawatan ini termasuklah kunjungan ke tapak CPBU Layau serta sesi lawatan ke beberapa aktiviti usahawan komuniti setempat seperti:
Pembuatan manik,
Usahawan rakit,
Pembuatan parang,
Fertigasi tanaman terung 🍆.
Bukan itu sahaja, program turut dimeriahkan dengan acara sukaneka bersama penduduk kampung! Kehadiran Pengurusan Tertinggi FELCRA yang turut serta dalam aktiviti ini jelas mencerminkan komitmen FELCRA Berhad dalam merapatkan hubungan dengan masyarakat dan menyokong pembangunan komuniti setempat.
💬 Lawatan sebegini bukan sekadar pemantauan operasi, tetapi simbol kesungguhan FELCRA untuk terus bersama rakyat di akar umbi.