Portal Rasmi FELCRA BerhadKementerian Pembangunan Luar Bandarministry-of-finance-malaysia-logo-E9D4C94BFD-seeklogo.com

        Kuala Lumpur

6/1/2021 - Terima kasih, Tuan, kerana turut membantu Pasukan Wilayah FELCRA dalam usaha membantu dan menyantuni setiap Peserta dan Warga Kerja yang terkesan dengan bencana ini.

Jan 11, 2021, 11:51 AM
Terima kasih, Tuan, kerana turut membantu Pasukan Wilayah FELCRA dalam usaha membantu dan menyantuni setiap Peserta dan Warga Kerja yang terkesan dengan bencana ini. InshaaAllah, satu Tabung Khas Bencana telah diaktifkan oleh FELCRA Berhad, khusus untuk menyantuni dan membantu Para Peserta dan Warga Kerja FELCRA di semua kawasan yang terduga oleh banjir. Terus bersama kami mendoakan agar dugaan ini diringankan buat semua yang terkesan, dan agar usaha kami dipermudahkanNya. Terima kasih buat semua Belia dan Peserta yang turut membantu kami di lapangan. Jasa dan bakti anda hanya ALLAH SWT yang dapat balas dengan beribu kebaikan.
News Source Url : https://web.facebook.com/Port-abg-man-108985304028342/
Select a news type : Internal News
12


Kalau takut dilambung ombak,
Jangan berumah ditepi pantai,
Alhamdulillah..baru hari ini dapat membersihkan kawasan kedai dan rumah stlh hampir 4 hari dilanda banjir..hampir 80% kerosakan melibatkan rumah dan kedai...
Perabot dlm rumah byk yg tidak.boleh digunakan lg..dgn ketinggian air hampir melepasi paras tingkap rumah..
Kedai pula kosong..kerusi meja cawan pinggan mangkuk dan barang dapur semua hanyut di bawa arus banjir..
Begitulah lumrah manusia..x lepas dr ujian kehidupan..Inshaa Allah kami redha dgn ketentuan NYA..Dan kami YAKIN rezeki yang akan Allah gantikan dgn lebih baik..
Jutaan terima kasih kepada team FELCRA yg turut membantu membersihkan rumah dan kedai..tanpa FELCRA x mungkin kami dpt siapkan dgn cepat..


Sumber dari : Facebook Port abg man